RRP: RM3,799
iPhone 16 dibina untuk Apple Intelligence, sistem kecerdasan peribadi yang membantu anda menulis, meluahkan diri dan menyelesaikan tugasan dengan mudah.
Camera Control memberikan cara lebih mudah untuk mengakses alat kamera dengan pantas. iPhone 16 tahan percikan, kalis air dan habuk.
Ia juga dilengkapi bahan Ceramic Shield generasi terkini Apple yang dua kali lebih kuat daripada mana-mana kaca telefon pintar. Hayat baterinya pula lebih panjang - anda sendiri yang perlu berehat dahulu sebelum ia perlu dicas semula.
iPhone 16
Black / 128GB
Pilih peranti anda.
Pilih tempoh langganan dan spesifikasi peranti yang anda inginkan.
Masukkan ke dalam troli.
Daftar akaun dan klik "teruskan ke pesanan".
Selesaikan pembayaran dan masukkan maklumat penghantaran.
Semak e-mel anda untuk menerima kemas kini status pesanan.
Terima peranti di depan pintu anda!
Langganan Cinch kini tersedia untuk individu berumur 18 tahun ke atas yang merupakan Warganegara Malaysia (pemegang MyKad).
Sebagai sebahagian daripada proses verifikasi kami, semua pelanggan dikehendaki menjalani semakan identiti (melalui MyKad atau MyTentera) melalui SumSub serta semakan kredit melalui rakan kredit kami.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau emel ke support@cinch.my.
Kami menerima pembayaran melalui kad Debit, Visa, MasterCard atau American Express. Kad prabayar tidak diterima.
Kami menjamin semua peranti kami dalam keadaan seperti baharu. Jika anda rasa produk yang diterima tidak memenuhi jaminan ini, hantar balik dalam masa tiga (3) hari dan kami akan tukar dengan yang baharu secara percuma.
Langganan dibayar setiap bulan terlebih dahulu. Bayaran pertama dibuat sebaik sahaja pesanan anda disahkan. Bayaran seterusnya dikira dari tarikh penghantaran peranti.
Contoh (tempoh 3 bulan):
15/02/2022 - Pesanan dibuat & disahkan. Bayaran pertama ditolak pada hari ini.
18/02/2022 - Peranti dihantar. Tarikh ini jadi tarikh bayaran bulanan anda.
18/03/2022 - Bayaran kedua
18/04/2022 - Bayaran ketiga
Anda hanya bayar untuk tempoh anda menggunakan peranti tersebut.
Pada masa ini, Cinch Malaysia menghantar ke negeri-negeri berikut:
Kuala Lumpur
Selangor
Johor
Pulau Pinang
Kami tidak dapat menghantar ke negeri lain buat masa ini. Jika kawasan anda tidak tersenarai, nantikan perkembangan terbaru daripada kami — kami sedang berusaha untuk meluaskan liputan penghantaran!
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, jangan segan untuk menghubungi kami — kami sedia membantu! 😊
Sebaik sahaja pesanan anda selesai dan diluluskan, anda akan menerima peranti dalam masa 7–10 hari bekerja.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau emel ke support@cinch.my.
*Nota: Pra-pesanan mungkin mengambil masa lebih lama bergantung pada tarikh penghantaran daripada pengeluar.
Ya — anda boleh membeli peranti anda pada bila-bila masa selepas bulan pertama. Pembelian adalah pilihan sepenuhnya.
Harga belian anda sentiasa dipaparkan dalam akaun anda. Secara amnya ia berkurangan semakin lama anda melanggan, dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Anda boleh melihat harga semasa anda dengan log masuk ke akaun anda di bawah:
Akaun Saya > Langganan Saya > Beli
Anda juga boleh memilih untuk menaik taraf, melanjutkan, atau memulangkan peranti anda pada akhir pelan.
Ya, anda boleh membeli peranti anda selepas pembayaran bulan pertama, namun ini mungkin lebih mahal berbanding membeli di kedai. Langganan kami direka untuk membantu anda mengagihkan kos peranti, sambil mengekalkan fleksibiliti untuk menaik taraf dan manfaat perlindungan peranti.
Jika anda ingin membeli dengan segera, kami mengesyorkan anda untuk pergi ke peruncit tempatan.
Harga belian anda dikira berdasarkan faktor seperti nilai asal peranti, tempoh anda melanggan, serta nilai dan keadaan semasa peranti tersebut.
Secara amnya ia berkurangan semakin lama anda melanggan, dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa.
Semak Akaun Saya > Langganan Saya atau Aplikasi Cinch untuk harga terkini anda.
Kami tidak mengesyorkan penjadualan semula penghantaran kerana ia diuruskan oleh rakan penghantaran luar. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau emel ke support@cinch.my.
Kami hanya menggunakan data anda untuk menguruskan hubungan anda dengan Cinch. Melalui rakan KYC kami, SumSub, kami menerima data peribadi dalam format piawai termasuk maklumat pendapatan. Kami hanya menggunakan protokol privasi dan penyulitan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia mengikut Undang-Undang Data & Privasi Malaysia. Kami mengambil privasi data dengan sangat serius. Untuk maklumat penuh tentang cara kami melindungi dan mengurus data anda, sila rujuk Dasar Privasi kami.
Jika anda berubah fikiran selepas menerima peranti, anda boleh batalkan dan pulangkan peranti (dalam keadaan baik dan dalam pembungkusan asal) dalam masa 24 jam selepas menerimanya.
Jika anda ingin tamatkan langganan lebih awal atau tukar kepada model lain selepas tempoh 24 jam, ia akan dianggap sebagai penamatan/naik taraf awal dan fi penamatan awal sebanyak RM350 akan dikenakan.
Untuk semua isu pembatalan dan naik taraf awal, sila hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp atau emel ke support@cinch.my.

Tidak dapat mencari jawapan yang anda cari? Sila berbual dengan pasukan mesra kami.